Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 20 Mei 2017

KEM BESTARI SOLAT 1/2017

Kem Bestari Solat Siri 1 akhirnya Berjaya dilaksanakan pada hari ni 20 Mei 2017, setelah tertangguh selama tiga minggu. Penangguhannya disebabkan oleh pertembungan tarikh dengan aktiviti anjuran PPD Bachok dan aktiviti sekolah terpaksa dilakukan segera.

Alhamdulillah, hari ini KBS dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun kami guru-guru Pendidikan Islam telah bertugas di sekolah dan PPD Bachok setiap minggu. Sabtu hari ini merupakan Sabtu keempat kami bertugas. Apa pun kami betulkan nawaitu relakan hati bertugas demi anak didik.


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR