Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 27 Mei 2017

KISAH SEORANG UMMI

Cuti sekolah dah bermula. Petang Khamis umi sibuk mengutip anak-anak di stesen bas dan stesen keretapi. Meredah jem jam 5 ptg dr Kota Bharu ke Wakaf Baru. Allah saja yg tahu kesesakan lalu lintas waktu tu. Lepas lebih sejam baru sampai. Hala balik melawan arus. Kurang la sikit sesaknya. Terus menuju ke Panchor ambik si adik dr GM. Sambil memandu si ibu mengomel. Anak-anak tak call dah umi. Sebulan pegi sebulan la tak tahu khabar nerita. Habis duit baru la call. Ni nak balik sepatah pun tak bagitau naik apa. Bas ke keretapi ke. Dalam mengomel tak diam akhirnya sampai di Panchor. Agak-agak je tu sebab biasanya kalau naik bas dia akan turun situ baru call umi. Semua tak beringat. Musim cutu ni memang la umi akan tunggu sesab dah tahu akan balik. Tapi minggu-minggu biasa? Umi tak pasti balik. Mana la tahu umi ke lain ke. Umi tak ada di rumah. Anak-anak tak fikir semua tu. Mengomel lagi. Penat tunggu dalam kereta, umi keluar duduk di tempat menunggu. Ramai parent kat situ.Semua lelaki.

Tunggu punya tunggu masuk waktu Maghrib. Ada parent yang sama menunggu anak dari sek yang sama tiba-tiba tanya dan maklumkan bas yang anak-anak GUAMSS naik tu baru sampai di Pasir Putih. Ada kereta kemalangan katanya. Ya ka...kena balik sembahyang dulu la ni, jawab umi. Terima kasih ya. Sambil melangkah masuk ke kereta. Kami balik kerumah yang tak berapa jauh je dari Panchor tu untuk solat Maghrib, Selesai solat, umi kerah semua anak-anak yang ada bersiap untuk keluar ambil sorang lagi yang tak ada. Boleh la makan-makan terus. Umi penat dah nak masak. dari petang atas jalan.

Lebih kurang jam 8.00 lebih sikit umi sampai lagi di stesen keretapi Wakaf Baru. Agak gelap kat situ. Nampak kelibat sorang dua anak-anak SM Tekbik Kuala Krai yang sama turun dengan Fahman petang tadi. Masih ada lagi malam-malam ni. Mungkin parent mereka belum ambil. Belum balik kerja. Umi fikir positif. Tapi kesian kau nak ya. Umi selalu bayangkan kalau itu anak-anak umi. Kalau umi lambat ambil.

Lebih kurang setengah jam menunggu, keretapi sampai. Muat beg dalam kereta. Kami bergerak meninggalkan stesen yang gelap tu. Masa tu masih sesak dengan penumpang yang baru sampai. Seperti yang dijanjikan kami akan singgah makan di kedai. Kami dah bincang nak makan apa dan di mana. Semua ikut umi nak makan kat mana, semua ok je. Pilihan umi kedai yang paling dekat ialah yang dekat dengan bulatan pasir pekan. Entah apa ke namanya umi tak ingat. Sayangnya tak ada yang special katanya. Makanan biasa-biasa je yang ada. Tak pulak umi Tanya kenapa. Tapi rasa-rasa umi tahu jawapannya, sebab pemilik dan pekerja kedai tu nak balik ke Pattani. Nak sambut puasa di kampong halaman agaknya. Makan aje la apa yang ada. Jam 10.00 malam lebih kurang kami balik.

Sampai di rumah jam 10.30 malam. Lebih kurang tetengah jam juga perjalanan kami. Slow agaknya umi drive sebab dah ngantuk sangat. Penat seharian tambah pulak dengan perut kenyang. Mata pun rasa nak terpejam. Di sinilah bermulanya cerita kepenatan umi. Sampai depan pagar rumah tengok kereta cik abang tak ada. Bukan apa pun, saja nak tahu pegi mana. Umi call la cik abahnya. Sambil bercakap on phone kami anak neranak masuk dalam rumah.Umi tiba-tiba jerit kat anak-anak. Phone umi mana? Ambik.. ambik...dalam kete. Jerit suruh ambil telefon dalam kereta. Bimbang nanti dah kunci pintu susah la nak minta tolong depa ambil dalam kereta. Tengah-tengah jerit tu, si abang gelak. why U ummi...why U ummi... Kedengaran sayup suara abah... "ada gapo"? Baru umi sedar dan perasan phone ada kat telinga tengah sembang ngan abah. Berderai hilai tawa anak-anak umi. Nak cover punya pasal, nak hilangkan malu pada anak-anak, umi kata...tu tandanya umi ni terlalu penat, sampai tak perasan. Nak suruh anak berenti gelak sebenarnya. Sedangkan umi sendiri tak boleh nak berenti gelak. Rasa nak guling-guling je...

Alahai umi... hari ni pun umi masih gelak bila teringat peristiwa malam tu...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR