Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 13 Mei 2017

PROJEK PATROL DENGGI

Dikir Barat merupakan persembahan pertama Patrol Denggi SK Beris Panchor di tempat awam. Untuk kali ini Team Patrol Denggi membuat persembahan di Pasar Wakaf Zin. Persembahan kedua dan seterusnya bakal menyusul. Adakah di tempat yang sama? atau... tempat yang berbeza?


Seronok juga bertugas di tempat awam ni. Dapat gak cikgu posing. Boleh kurangkan stress di sekolah. Ini baru di pasar pagi. Kalau di mall dua kali seronok gamaknya. Sebenarnya rasa seronok tu sebab kami dapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak.




Terima kasih Ybhg Datuk Hj Radzuan bin Hj Abdullah, kerana turut serta dalam kempen kami. Terima kasih atas sokongan. Datuk turut sama memberikan ucapan dan berkempen mencegah denggi.


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR