Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 26 Ogos 2011

KAU YANG KU IDAM...

Kuih ni orang Kelantan beri nama butir nangka. Diperbuat daripada tepung pulut. Sedap sangat dijadikan juadah berbuka puasa. Boleh juga dijadikan pencuci mulut dan hidangan minum petang.

Tak teringin sangat nak makan sebab tau buat sendiri. Boleh dikatakan selang sehari masak 'butir nangka' untuk juadah berbuka puasa. Tapi, disebabkan lama tak makan 'butir nangka' yang selalu saya makan waktu sekolah dulu, yang dijual di kaeadi Beris Kubur Besar, beli la juga. Tak berubah lagi rasanya. Sedap...

Ini pula 'nikbak' nama diberi. Memang sejak zaman kanak-kanak lagi saya  suka makan kuih ni. Ia ada dijual pada bulan puasa sahaja. Bulan-bulan lain memang tak akan ada di pasaran. Sebut saja 'nikbak' bermakna bulan puasa akan tiba. 

Kuih ni kami beli yang masih mentah. Petang-petang sikit mak akan masak air gula, masukkan daun pandan dan bunga cengkih. Kerja saya menyusun 'nikbak' dalam dulang atau bekas. Lepas tu mak tuangkan air gula tadi ke dalam bekas 'nikbak' dan biarkan ia kembang.

Sayangnya, 'nikbak' tak ada di Kajang atau sekitar Lembah Klang. Ia tersohor di Kelantan. Dah beerapa tahun tak menjamah 'nikbak'. Kalau sebut saja 'nikbak' bak kata meleleh lah air mulut.

Ini bukan kuih, tapi sejenis lauk. Namanya 'kerabu sare'. Ia sejenis rumpai laut. Itu je yang saya tahu. Tapi saya memang suka makan 'kerabu sare' ni. Tiap-tiap hari makan pun tak akan jemu. Sedap sangat. Dari segi kesihatan pun bagus agaknya sebab tak banyak bahan minyak.

Ia selalu ada dijual di kedai tak kira masa. Tak terhad pada bulan puasa saja. Bagi saya, hari-hari lain tak teringin sangat nak makan, tapi kalau bulan puasa rasa nak meleleh air liur nak makan berabu ni. Nak-nak kat sini susah sangat nak dapat. Orang tak kenal pun agaknya.

Sejenis bubur, kami panggil 'caca'. Boleh dihidang sebagai pencuci mulut dan sesuai juga jadi hidangan minum petang. Cara buatnya macam cendol. Pernah juga tengok mak buat 'caca', masa tu saya masih kanak-kanak. Bila dah besar mak tak buat lagi sebab tu saya tak tau buat 'caca' ni. Masa sekolah menengah dulu tiap-tiap petang saya beli 'caca'. Kedai tengah jalan nak balik sekolah la katakan. 

Lepas kahwin, mak mertua ada ajar cara buat 'caca' tapi dengan tepung gandum je la. Selalu gak buat, terutama masa mengidam nak makan 'caca'. Rasanya seakan sama gak. Terima kasih ibu mertua ku...


Yang ni pula dinamakan 'serabe'. Tak tau la dari mana asal usul nama tu. Tapi seingat saya, masa zaman dulu kuih ni menjadi hidangan malam-malam tahlil. Terutama pada malam ketiga. Menurut orang tua dulu-dulu,  selepas tiga hari jenazah akan berair. Jadi, hidangannya pun ber'air' macam 'serabe' ni. Tapi tu cerita zaman dulu. Sekarang ni tak lagi. Malah 'serabe' ni dah jadi kuih pencuci mulut dan hidangan hari-hari biasa. 

Bagi saya pula, 'serabe ' ni menjadi kegemaran saya sebab rasanya sedap, manis dan lemak. Dan...ia menjadi idaman saya sebab bukan senang nak dapat kuih ni, kecuali di Kelantan. Pulak tu, saya balik kampung sekali setahun je. Mana taknya teringin nak makan sampai meleleh air liur.

Nama kuih ni pula 'putu mayam'. Saya suka sangat makan kuih ni. Mak pernah buat. Saya pun pandai buat, tapi agak rumit. Kena ada acuan khas. Dulu ada acuannya tapi dah hilang masa pindah rumah. Memang dari dulu warnanya pink dan putih. 

Di sekitar Lembah Kelang ni selalu saya jumpa 'putu mayam' di jual di pasar malam. Tapi tak terliur pun sebab hidangannya lain. Orang sini tak makan dengan kuah tapi dengan kelapa yang digaul dengan gula. Macam makan ubi rebus pulak asanya. Sesekali balik kampung memang tak pernah tak beli. Ia pun selalu ada dijual atas pasar kota Bharu.

Ini juga raja dibulan puasa. Tapi ada dijal di kedai sepanjang masa. Warnanya jga tak lari dari putih dan hijau, sejak dari dulu lagi. Di KL ni ada dijual pun cendol India katanya. Warna hija pekat. Tak hidup. Tapi kalau cendol kampung hidup, itu kata mak. Memang pun, bila kita letak dalam mangkuk berisi air nampak macam bergerak ekor dia.

Sedap dihidang sejuk. Senang saja makannya. Cuma masukkan air gula. Boleh juga campurkan buah kabung. Tu kalau hidangan berbuka puasa. Tapi kalau hari-hari biasa buat air cendol je la.

Ini tak lain tak bukan buah melaka. Tapi lebih mesra bagi kami orang Pantai Timur dengan nama 'onde-onde'. Kalau zaman dulu onde-onde hanya menjadi juadah berbuka puasa. Tapi sekarang, ada orang buat hidangan minum petang.

Di K ni, saiznya besar sangat. Tak sesuai rasanya dengan saiz tu sebab kuih ni intinya berair. Bila digigit airnya terkeluar. Sebab tu kami buat saiznya kecil. Sesuap je. Baru intinya tak terkeluar bila digigit. Sebabtu ada yang panggl namanya 'buah kekoh ca'. Kalau tak digigit dengan cermat intinya akan terpancut keluar.


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR