Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 27 Ogos 2012

BERITA GEMBIRA

Hari ni kaki ku melangkah longlai menaiki tangga pejabat. Tak bersemangat langsung. Kenapa agaknya. Hari pertama sekolah selepas raya kut?... Entah la. Namun ku gagahi jua langkah kaki ku ini. Tertera jam di kad kedatangan aku jam 7.27 pagi. Alhamdulillah...

Ku teruskan langkah ku ke bilik guru. Bersalaman dengan kawan yang terserempak saja. Ucap selamat hari raya. Terus berkurung di sudut tersembunyi. Di situlah meja aku. Tersorok. Terselindung dari orang lalu lalang. Dan memang aku suka macam tu. Bila aku keluar dari sudut tu?... Bila ada kelas. Dan bila aku kepanasan. Hangat.

Kelas pertama aku mula jam 10 pagi. Aku siapkan saki baki kerja sebelum cuti. Aku ke pejabat. Muka ku pucat tegur salah seorang staf di pejabat. Aku senyum. Tanpa sepatah kata. Memang beginilah sikap aku. Aku tak pandai berlakon. Kalau aku gembira langkah ku laju. Wajah ku ceria. Mulut ku menegur sini sana. Tapi hari ni aku tak macam biasa. Mata ku layu kata mereka. Wajah ku suram. Susah nak mengukir senyum. Mulut ku terkunci. Bisu. Itu antara teguran yang aku terima. Katanya lagi, "senyum la...tak terima lagi ke?". Hati ku mul berdebar. "Ada ke? Mana?" Bertubi-tubi soalan. Dia senyum. Diam.

Selesai urusan aku kembali ke meja ku di bilik guru. Datang seorang lagi staf. Kenapa menyorok? Tak gembira ke?... Sambil menghulurkan surat rasmi pada ku. Sebelum tu saya nak ucap tahniah dulu. Aku peluk dia erat. Gembira. Seronok. Dia berlalu pergi. Tiba-tiba kegembiraan dan keseronokan aku hilang. Aku takut. Aku bimbang. Aku tak teruja lagi dengan berita tu. Berbelah bagi. Sepatutnya selepas terima berita gembira ni, akulah orang yang paling bahagia. Tapi aku menjadi takut dan bimbang. Ya Allah...hanya pada MU aku berserah. KAU berilah segala yang terbaik untuk ku. KAU Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui. Sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...


"APABILA KESUSAHAN DATANG MENERPA DIRI DAN KECEMASAN BERTINDIH-TINDIH MENGHIMPIT JIWA, UCAPKANLAH : LA ILAHA ILLALLAH"


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR