Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 16 Mei 2011

CERITA CIKGU DI HARI GURU

Pastinya setiap tahun, pada pagi 16 Mei, semua insan bergelar cikgu akan melangkah ke sekolah dengan perasaan penuh gembira, suka ria, berlapang dada dan ceria. Maklumlah, menyambut "Hari Guru", hari kita. Begitu juga dengan kami cikgu-cikgu di SK Bandar Teknologi Kajang. Pepagi lagi datang ke sekolah dengan pakaian yang paling anggun tidak seperti hari-hari biasa. Hari kita la katakan!

Guru Tahun 1
Hari ini kami lupa penat lelah, perit jerih, susah payah hari-hari sebelumnya. Mana tidaknya, setiap jam yang kami lalui bersama puluhan anak-anak kecil yang bermacam ragam. Sana menjerit, sini menangis. Kanan merajuk kiri pula mengadu macam-macam. Itulah kerenah anak-anak tahun satu. Tidak kurang juga tahun-tahun yang lain. Hari ini kami semua mengambil kesempatan untuk "bergaya sakan". Lihatlah KAMI...


Guru SKBTK berbagai bangsa, ada Melayu Cina dan India, bersatu hati mendidik anak bangsa, berpegang teguh pada lafaz setia... Kami GURU MALAYSIA. Lihatlah betapa anggunnya cikgu cikgi sopan bergaya, berbaju kurung dan kebaya, manis dipandang mata, senyuman semanis gula. Kami juga GURU 1MALAYSIA...

Guru 1Malaysia
Majlis Sambutan Hari Guru tahun ini disambut meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Diiringi paluan kompang, guru-guru berarak masuk ke tapak perhimpunan. Paluan kompang membuatkan kami rasa terharu diiring macam pengantin baru...Sayangnya, guru besar kami Pn Salbiah binti Karto tidak dapat bersama kami pada tahun ini kerana kesihatan tidak mengizinkan untuk beliau turut sama berarak. Kami cuma diketuai oleh GPK Kurikulum En Mohd Razak bin Kanapiah, melangkah segak penuh bergaya.

GPK 1 dan GPK Koko
Lebih bermakna lagi, tahun ini YDP PIBG dan AJK turut sama meraikan "Hari Kami". Kami sungguh berbesar hati. Terima kasih Dato' kerana sudi meluangkan masa sepagi bersama kami merayakan sambutan Hari Guru. Sekali gus merasmikan majlis kami.

Dato' YDP & AJK PIBG
Tak sah majlis sambutan Hari Guru kalau tak menyanyi lagu "KAMI GURU MALAYSIA". Lagu kami. Cuma kedengaran sekali setahun. Itu pun dalam majlis yang kami raikan sendiri. Inilah barisan koir SKBTK yang bersemangat menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia'. Selepas menyanyi baca ikrar pula.

Ikrar Guru Malaysia
Inilah acara kemuncak sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Tak sah kalau tak ada acara ni. Iaitu acara memotong kek dan pulut kuning.

Acara Memotong Kek Hari Guru

KAU 1 dalam sejuta,
KAU mentari yang menyinar,
KAU penyuluh jalan,
KAU pembuka minda,
KAU inspirasi kepada semua,
KAU pembina negara bangsa,
Terima kasih CIKGU atas jasa agungmu,
SELAMAT HARI GURU...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam ustazah.

Carian SK tanjung Jenera menemukan kita disini..rakan sekampung/sesekolah/isteri arwak kawan saya.

salam utk Mak tih..

nasir(che hassan)....kenal doh?

email saya chcnasir@yahoo.com

CATATAN POPULAR