Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 2 Mei 2011

HIKMAH

coretan untuk Kak Lah...


Setelah penat lelah dan badai yang terpaksa kau tempuh sekian lama,
Setelah sekat hela nafas yang tidak lancar saban hari,
Kau tidak memerlukan masalah sesarat itu...
Kau tidak memerlukan kerungsingan sesukar itu...
Tetapi siapalah aku...
Yang tidak memahami mengapa ia berlaku,
Yang sama sekali tidak mengerti rahsia hikmah yang terkandung di sebalik semua itu,
Yang tidak mengetahui hikmah besar yang Allah janjikan buatmu...
Hikmah indah yang terlakar di sebalik payah yang terbentang...
dan nyata...ia adalah untukmu...wanita gagah dan tabah



Teman...
Ku doakan...
Moga tiap saat yang berdetik
Kau lalui bersama kecekalan dan ketabahan bekalan daripada Allah
Moga setiap kabus dan kabut yang mengaburi matamu 
Disuluhi cahaya terang menunjuk jalan di hadapanmu
Moga udara kacau-bilau yang menyesak nafasmu
Kau hela bersama zikir yang menenangkan, dan ibadah yang mendamaikan...


Khas buatmu teman : Kak FH

1 ulasan:

Fadzilah berkata...

Terima kasih zura sayang...

CATATAN POPULAR