kerana wanita itu unik...
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Aku berikan naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekali pun,
Aku kuatkan batinnya untuk menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh 'orang ' yang disayangi,
wanita makhluk kuat...
Tetapi jika satu saat dia menangis itu,
kerana aku berikannya air mata,
untuk membasuh luka batin
dan memberikannya kekuatan baru...
