A
|
l-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.. Al-Quran diturunkan
untuk mengajar manusia tentang pengesaan mereka kepada Allah s.w.t. Sebelum
al-Quran diturunkan ada banyak kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah
S.W.T kepada nabi dan rasul-Nya. Antara
yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s., Kitab
Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan Kitab Injil yang diturunkan
kepada Nabi Isa a.s.. Tetapi ternyata bahawa al-Quran adalah kitab yang paling
utama dan mulia di sisi Allah S.W.T.
Takrif
Al-Quran
Menurut pendapat yang paling
masyhur, seperti yang dikemukakan oleh
Dr Subhi Al Salih, kalimah ’Quran” bererti ”bacaan”, asalnya dari perkataan
”qara’a”. Perkataan Al-Quran berbentuk masdar. Di dalam Al-Quran, penggunaan
kalimah ”Quran” seperti ayat 17 dan 18 Surah Al-Qiyaamah. Firman Allah:
¨
Maksudnya: Sesungguhnya
atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai)
membacanya. Apabila kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
Manakala pengertian dari sudut
istilah, Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w yang ditulis dalam mushaf, yang dipindahkan dari satu generasi ke satu
generasi secara tawatur, dan mendapat pahala dengan membacanya.
Imam Jalaluddin Asy Syayuti
memberikan pengertian:
القرءان كلام الله المنزل على سيدنا محمد صلى عليه
وسلم للأعجانباقصر سورة المتعبد بتلاوته.
Maksudnya: Al-Quran adalah kalamullah, diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. untuk melemahkan orang-orang yang menentangnya, sekalipun
dengan surah yang pendek membacanya adalah ibadah.
Takrif Nuzul
Perkataan “nuzul” dari sudut
bahasa bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang
terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. Ada yang mengkiaskannya
sebagai berpindah daripada tempat yang mulia kepada tempat yang kurang
mulia.Al-Quran dan Hadith telah menjelaskan tentang penurunan Al-Quran dengan
meggunakan perkataan ”nazala” yang bererti turun atau pun ”anzala” iaitu menurunkan. Antara firman Allah S.W.T
dalam Surah Asy-Syuara’:
t
Bermaksud: Dia
dibawa turun oleh Amin (Jibril). Ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara
orang-orang yang memberi peringatan,
Dan firmanNya
lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 185: 4..
Yang
bermaksud: (beberapa hari yang ditentukan
itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al
Quran sebagai petunjuk bagi manusia ..
Walaupun penggunaan perkataan berbeza-beza samada ”nazala”, atau kesemua
pecahannya termasuk ”anzala”, ”nazzala”, ”tanazzala”, ”nuzul” atau ”manzil”
yang disebut sebanyak 307 kali di dalam Al-Quran, kesemuanya membawa maksud dan
makna yang sama iaitu tentang penurunan Al-Quran.
Takrif
Nuzul Al-Quran
Maksud Nuzul Al-Quran mengikut pengertian istilah ialah penurunan
Al-Quran dari Luh Mahfudz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia, dan dari langit
dunia kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat jibril yang
mengambil masa lebih kurang 23 tahun.
SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN DAN PENULISANNYA
Seperti
yang telah diketahui umum, peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat,
17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan baginda nabi Muhammad s.a.w. Apa yang
dimaksudkan dengan penurunan al-Quran pada bulan Ramadhan adalah penurunan
secara keseluruhan (jumlatan), iaitu daripada Luh Mahfudz ke Baitul ’Izzah. Kemudian
barulah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama lebih
kurang dua puluh tiga (23) tahun dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s.
Ayat
al-Quran yang pertama sekali diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Surah
Al-Alaq ayat 1 hingga 5 :
Maksudnya: Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan
(1) Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah (2). Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah (3).
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam (4). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya (5).
Rasulullah
s.a.w. adalah seorang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Oleh itu
baginda berpegang teguh kepada kekuatan ingatannya untuk menghafal setiap wahyu
yang diturunkan kepadanya. Begitu juga dengan masyarakat Arab pada masa itu
terkenal dengan bangsa yang mempunyai daya ingatan yang cukup kuat dan amat
cepat menghafal. Mereka bersegera menghafal ayat-ayat al-Quran setiap kali
Rasulullah s.a.w. mengajar kepada mereka, dan kemudian mereka mengajar kepada
isteri-isteri dan anak-anak mereka juga secara hafalan. Jelaslah kepada kita
bahawa al-Quran pada asal penurunannya telah diajar dan diwarisi secara
hafalan, bukan secara pembacaan melalui tulisan. Malah al-Quran tidak pernah
dibukukan.
Semasa
hayat baginda Rasulullah s.a.w. tidak sempat untuk menyusun al-Quran seperti
yang ada dalam simpanan kita sekarang, yang ada hanyalah lembaran-lembaran atau
suhuf-suhuf yang bercerai-cerai. Ini kerana al-Quran diturunkan secara
berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit sepanjang 23 tahun kerasulan baginda.
Al-Quran dipelihara dalam diri para sahabat sehinggalah ia mula dikumpulkan dan
disusun pada zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a., kemudian usaha-usaha ini
disempurnakan lagi di zaman khalifah Uthman bin ’Affan r.a.
Pada
dasarnya, al-Quran telah dikumpulkan melalui tiga peringkat mengikut pendapat
al-Khaththabi iaitu;
1. Pengumpulan dan Penulisan Zaman Rasulullah
s.a.w.
2. Pengumpulan dan Penulisan Zaman Sayyidini Abu
Bakar As-Siddiq r.a.
3. Pengumpulan dan Penulisan Zaman Sayyidina
Uthman bin Affan r.a.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan