Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 5 Oktober 2011

WANITA ITU ISTIMEWA

Ya Allah...kenapa wanita menangis?

kerana wanita itu unik...
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Aku berikan naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekali pun,
Aku kuatkan batinnya untuk menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh 'orang ' yang disayangi,
wanita makhluk kuat...
Tetapi jika satu saat dia menangis itu,
kerana aku berikannya air mata,
untuk membasuh luka batin
dan memberikannya kekuatan baru...

1 ulasan:

Fadzilah berkata...

catatan ini sebenarnya ku ambil dir FB. Bkn niat nak ciplak, tp sekadar nak jdkan ingatan utk diri sendiri. Kalau tinggalkn kt FB aje, susah nak baca selalu...TQ

CATATAN POPULAR