Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 21 November 2011

AKU KALAH LAGI...

Setelah sekian lama, aku kuat. Aku lawan perasaan ku sendiri. Aku gagah berdiri melawan perasaan. Menerima takdir Ilahi. Aku kuat. Aku hebat. Aku tabah. Aku gagah. Kuat melawan rasa sedih di hati. Hebat menepis segala rasa duka menerpa diri. Tabah menerima qada' dan qadar ketentuan Ilahi. Gagah meneruskan kehidupan walaupun diri dilukai dan disakiti. Pasrah hanya kepada Ilahi. Hanya Dia yang mengerti. Dia saja yang memahami...

Namun, hari ini aku kalah. Aku rebah. Entah mengapa. Aku sendiri tidak ada jawapannya. Sampai saat ini aku belum melelapkan mata. Walau sesaat cuma. Hati ku menangis tersedu. Ya Allah, dalam keadaan begini seharusnya aku mendampingi Mu. Tapi aku leka, aku alpa. Aku asyik dengan perasaan duka ku. Aku asyik melayan rinduku. Walau ku tahu dia bukan milikku lagi. Mengalir air mata di pipi bila terdengar lagu-lagu kenangan. Bercucuran mutiara jernih bila lagu  "Tak ku sangka tak ku duga" berkumandang di radio. Liriknya begitu menyentuh perasaan ku. 

Perlukah aku menangis? Haruskah aku merindu lagi? ... 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR