Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Kita perlulah mencontohinya supaya dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sejati.
Qudwah Hasanah
Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.
Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.
Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.

Ahad, 25 Mac 2012
PADA SIAPA NAK KU MENGADU???
Ya Allah...
pada siapa nak ku mengadu?
Mengapa hidup ku sering dirundung malang?
Tidak adakah ruang bahagia buat ku?
Aku ingin hidup bahagia
seperti insan lain...
sungguh hebat ujian Mu untukku
tapi aku redha Ya Allah...
kerana aku beriman dengan qada' dan qadar Mu...
cuma...
harapan ku pada Mu Ya Rahman
kasihilah aku sayangilah aku
dengan Rahman dan Rahim Mu...
berilah aku peluang
untuk mengecapi kebahagiaan
sebagaimana hamba Mu yang lain...
cukupkanlah ujian Mu terhadapku...
aku sudah tidak mampu menghadapinya
aku tak mampu lagi mengharunginya
aku bimbang aku kalah...
aku takut aku akan rebah
TERSUNGKUR di bumi Mu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Peringkat ketiga penghimpunan al-Quran berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a. dan beliau sendirilah yang menga...
-
PENGENALAN Ilmu Tajwid adalah satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz-lafaz al-Quran. Ia boleh juga dikatakan sebagai tu...
-
T erdapat beberapa keistimewaan yang dapat dicungkilkan dan diberi perhatian. Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah: Bersifat...
-
1. AMANAH Amanah adalah salah satu sifat wajib bagi rasul. Ia bermaksud menunjukkan kejujuran dan sikap tidak menyimpan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan