Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 31 Mei 2013

MR BEAN DI KOTA BHARU


31 Mei 2013 (Jumaat), kami ke KB Mall. Anak-anak cukup teruja kerana ada aktiviti, jualan dan persembahan sempena ulang tahun ke 35 tahun Faber Castell. Minggu ni merupakan minggu pertama cuti pertengahan penggal pertama. Kami semua berada di negeri Cik Siti Wan Kembang kerana anak-anak ku ada kelas tambahan di sekolah masing-masing. Kami bercuti di sini. 


Antara aktiviti yang paling mereka minat ialah aktiviti mewarna. Tekun sekali tiga beradik tu. Sayangnya bila siap warna mereka tinggalkan atas meja tu. Tak simpan. Takde la kenangan.


Fayyad lagi seronok bila dapat lukis muka dia ala-ala kartun. Dengan pembelian RM20 ke atas percuma lukisan ni. Abang pun tak lepaskan peluang ni. Macam-macam dibelinya untuk dapat percuma lukisan ni. Memang pun di luar RM20 harga lukisan potret ni. Kat sini RM20 dapat alat tulis lagi. Berbaloi la kan!


Selepas selesai aktiviti mewarna, ada pula aktiviti membina pensel. Yang ni peluang abang-abang la pulak. Tengok tu si Farhan tekun mendengar penerangan abang faber castell.


Yang paling seronok bila dapat belon. Main perang belon. Huru hara tempat tu jadinya dek gelagat mereka bertiga. Mula-mulanya umi segan jugak. Lama-lama lantak engkau la budak. Sebab kanak-kanak lain pun lebih kurang sama je gelagatnya. Kami terpaksa tunggu sini sampai malam sebab nak jumpa Mr. Bean. Acara bersama Mr Bean jam 8 malam. Masak la umi menunggu. Mereka seronok aje.


Jam 6.30 petang ada acara permainan roda warna. Semua lima beradik masuk acara tu. Umi pun boleh. Tapi umi tak masuk sebab umi jadi kamera women. Fayyad jadi ketua kumpulan purple. Tukang pusing roda. Sayangnya kumpulan purple tersingkir. Kalah la.


Empat beradik yang lain semuanya dalam kumpulan kuning. Kumpulan kuning menang. Dapat la mereka hadiah. Berbaloi juga sebab bila dihitung di jumlahkan hadiah tu bernilai RM10 seorang. 


Jam 7.00 malam kami tinggalkan lokasi seketika untuk makan malam. Dek kerana menunggu untuk jumpa Mr Bean, kami terpaksa makan malam di mall ni. KFC menu makan malam kami. Boleh la... demi anak-anak umi sanggup buat apa saja. Asal anak-anak umi gembira. Alhamdulillah ada ustaz Fayyad mengingatkan mesti baca doa sebelum makan. Selepas selesai makan kami solat di surau.


Jam 8.20 Mr Bean keluar. Lukisan teddy tu Mr Bean yang lukis. Sambil turun mencari teddy sebenar dia bagi pada Fawwaz. Wah...bukan main seronok lagi si Fawwaz. Mereka semua tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Mr Bean. Tapi Mr Bean ni muda lagi la...hahaha. Lepas sesi bergambar kami terus balik sebab dah lewat sangat. Lebih kurang lima jam kami di KB Mall. Penat juga rasanya. Tapi anak-anak gembira. Umi pun tumpang bahagia...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR