Ini adalah kantin lama. Masa cuti akhir tahun lepas, cikgu ditugaskan mengajar murid linus. ahu-tahu sajalah macam mana. Nak elakkan dari murid rasa jemu belajar, cikgu bawa anak-anak ini belajar di tempat yang lapang dan lain dari kebiasaan.
Pada awal tahun ini, Guru Besar minta kami jawatankuasa Nilam, ubahsuai kantin lama ini untuk dijadikan pondok bacaan. Inilah rupa pondok Nilam selepas diubahsuai pada permulaannya. Masih nampak tak berapa ceria. Kami tambah lagi lipstiknya.
Beginilah rupa paras selepas ditacap dan ditambah lipstik. Bertemakan biru kuning. Namanya pun pondok Nilam. Tak dapat lari dari gabungan biru dan kuning. Biru itu Nilam. Kuning itu pengawasnya. Cuma, mampukah ia kekal lama? Insha Allah, hendaknya semua warga sekolah akan turut sama menjaga kebersihannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan