Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 13 Oktober 2014

PSPN @ BTPN

Tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat membanting tulang mencari rezeki. Biarpun belum cukup haulnya aku diarahkan berpindah ke tempat lain. Aku terima dengan tenang hati kerana ada hikmah disebalik sesuatu. Siapa sangka, hari ini buat pertama kalinya aku melangkah kaki ke sini selepas aku meninggalkannya pergi.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR