Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 9 Februari 2016

PETA I-THINK


KELEBIHAN PEMETAAN i-THINK

-Lebih mudah untuk mengingati isi-isi penting atau isi utama sesuatu mata pelajaran yang dipelajari. 
-Lebih menarik kerana terdapat pelbagai bentuk seperti gambar di atas.
-Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan memudahkan proses penyerapan isi-isi penting dalam pembelajaran.
-Menjadi alat yang dapat menghubungkan jurang budaya antara guru dan murid.
-Dapat meningkatkan kemahiran kognitif pelajar, iaitu mendefinisikan konsep, menerangkan, mengenal pasti, mengkategori dan menyusun maklumat, menyusun, banding beza, sebab dan akibat, menganalisa dan membuat keputusan.
-Menggalakkan pelajar untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
-Lebih berstruktur dan sistematik.
-Dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam mencipta peta ini.
-Peta ini lebih memfokus kepada isi-isi penting.



KELEMAHAN PEMETAAN i-THINK

-Mengambil masa yang lama untuk menghasilkan peta kerana pelajar perlu memahami keseluruhan topik.
-Perlu berfikir dahulu sebelum menghasilkan peta kerana pelajar perlu ambil isi-isi penting sahaja.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR