Boleh dikatakan bahawa bukan semua kanak-kanak adalah sama, mereka juga memiliki kemahiran dan bakat yang berbeza. Begitu juga dengan ibu, setiap ibu adalah berbeza. Akan tetapi, banyak panduan keibubapaan dan tips, direka untuk membantu kanak-kanak dan bukannya direka bersesuaian dengan personaliti dan gaya bimbingan ibu yang tersendiri. Oleh itu, ramai ibu yang gigih mencuba untuk menjadi seorang ibu yang sempurna dalam memainkan pelbagai peranan untuk si manja mereka sebagai chef, jururawat, guru dan sebagainya. Kadang kala, ibu rasa serba salah sekiranya mendapati bahawa mereka kurang memainkan peranan yang sepatutnya.
Daripada memaksa diri mereka untuk menyesuaikan bagi menjadi ibu yang sempurna, ibu boleh menjadi lebih yakin dan produktif sekiranya mereka tahu kekuatan mereka dan memanfaatkan sepenuhnya daripadanya.
Oleh itu, seorang ibu perlu rasa dihormati agar dirinya tidak terasa hati dan sentiasa dalam keadaan selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan