Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 18 Mei 2018

PUTERI BERTADARRUS

Bermula 1 Ramadhan 1439H bersamaan 17 Mei 2018M, anak-anak puteri bertadarrus al-Quran di bilik KAFA. Alhamdulillah... syukur rasanya kerana daripada tiga program puteri yang dirancang dari awal tahun, berjaya juga dilaksanakan salah satunya program yang berkat ini di bulan yang paling berkat Ramadham al-Mubarak.




Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR