Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 20 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA SKBTK

Semalam 19 Ogos 2011 (Jumaat), SK Bdr Tek Kajang mengadakan majlis berbuka puasa untuk guru-guru dan murid-murid Tadarus. Majlis ini merupakan rutin tahunan sekolah kami. Ia dibuat bagi menghargai jasa baik murid-murid dan guru-guru yang bertadarus sepanjang bulan Ramadhan. Biasanya, makanan kami tempah. Tapi tahun ni (panjang ceritanya),kami guru-guru agama bertukar menjadi tukang masak profesional. Mana taknya, 1.00 petang baru dapat tahu orang yang terima tempahan tak boleh buat (syyyyy)...Jadi bidan terjun la kami, tak pun chef terjun lagi sesuai.

1.30pm :Mula mencari bahan basah di pasar, kemudian mula memasak di rumah ketua panitia kami Pn Najihah. Kami berjaya masak tomyam untuk 150 orang. Macam chef gitu. Master chef Ustazah Norzaimah dan Ustazah Fadzilah. Dibantu oleh Ustazah Razaini, Ustazah Zety, dan Cikgu Norhidayah. Itulah berkat 'KERJA SAMA' namanya, yang berat pun menjadi ringan.

5.30pm : kiranya selesai tugas masak, chef-chef balik ke rumah masing-masing. Bersiap untuk datang ke sekolah pula. Kata KP, berkumpul di sekolah jam 6.30 petang. Dipendekkan cerita, lebih kurang 6.40 kami sampai di sekolah, bentangkan tikar dan hidangkan kuih muih untuk berbuka. Walaupun penat tapi hati seronok dan bangga sebab kami dapat masak sendiri untuk majlis kami.

7.27pm : Berbuka puasa. Kuih-muih untuk berbuka ada yang kami buat, yang banyaknya sumbangan guru-guru yang hadir juga ibu bapa yang prihatin memberi sumbangan untuk dibawa oleh anak-anak mereka. Ada karipap, donut, agar-agar, bermacam jenis kek, buah melaka dan macam-macam lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka semua.

Selesai berbuka puasa, kami solat maghrib berjamah. Lepas tu baru beredar ke kantin untuk makan (yang kami masak tu). Alhamdulillah, lepas semua kenyang menjamu selera, beredar pula ke foyer untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjamaah. Imam yang bertugas ialah yang tak asing lagi Al-Fadhil En Mohd Razak bin Kanapiah, GPK Kurikulum SKBTK.

10.00pm : Selesai solat tarawih, semua guru dan murid bersurai dan pulang ke rumah masing-masing. Badan penat tapi puas hati sebab walaupun ada masalah tapi kami berjaya juga meneruskan majlis tersebut. Dan...yang paling best dan terharu, guru besar En Mustafa Kamal bin Jamlus berdiri di pintu pagar sekolah dan tanpa jemu mengangkat tangan pada semua guru yang menyusur keluar dengan kereta masing-masing. Kami rasa kehadiran kami untuk menjayakan majlis ini amat dihargai. Terima kasih cikgu...

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR