Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 17 Ogos 2011

Sabar aje la...

Bisik hati kecilku..."kenapa semua ini berlaku dalam hidup ku?" Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kalau difikirkan boleh jadi gila. Tapi aku masih waras kerana IMAN aku masih kuat. Alhamdulillah...aku bersyukur sangat kerana ALLAH memberi aku kekuatan. Aku terima segala QADA' dan QADAR Allah untuk aku. Aku yakin, setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini  terkandung HIKMAH di sebaliknya. Aku yakin dengan JANJI Mu Ya Allah. Aku juga yakin bahawa orang yang sabar akan beroleh kemenangan. Kemenangan apa?  Itu aku tak tahu. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Aku tertarik dengan ungkapan ini..."Ada ketikanya Allah hilangkan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita mencari-cari di manakah matahari. Tanpa kita sedar, rupanya Allah datangkan kita pelangi". Baru aku sedar, rupanya itulah yang kita panggil HIKMAH. Cuma...aku tak tahu apa hikmah di sebalik semua ini. Dan...kita manusia memang tidak pernah tahu segala hikmah yang dijanjikan Allah.

Sabar, sabar, sabar...memang mudah menyebutnya. Tapi payah untuk melaksanakannya. Ada kalanya aku sabar, dan ada kalanya aku alpa. Aku menangis, aku merintih. Tapi dengan cara begitu aku beroleh kekuatan kembali kerana dengan menangis dan merintih aku seolah-olah telah berjaya melepaskan perasaan. Aku bercerita segalanya kepada Allah. Hanya Dia yang aku percaya. Hanya Dia yang memahami aku. Hanya Dia yang boleh menyelesaikan masalah aku. Hanya Dia...Hanya Dia...Hanya pada Mu Ya Allah aku berserah segalanya...


Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR