Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 26 November 2013

KDC (KELAS DALAM CUTI)


Cuti akhir tahun sudah pun masuk minggu kedua. Tibalah giliran cikgu Lah bertugas. Hari ni cikgu Lah ditugaskan mengajar murid LINUS. Alhamdulillah...takde masalah. Cikgu Lah kan serba boleh. Dengan penuh semangat cikgu Lah pergi ke sekolah. Biar pun jauh tetap pergi menjalankan tugas demi anak bangsa. Jauh bukan penghalang. Cikgu Lah sampai setengah jam awal. Pun begitu anak murid lagi awal. Bagus. Mereka lagi bersemangat rupanya. Bangga cikgu Lah rasa.


Kelas bermula jam 9.00 pagi. Murid semangat cikgu senang hati. Lepas sorang demi sorang cikgu Lah uji bacaan murid. Mana yang boleh membatang cikgu Lah minta ulang sampai lancar. Mana yang tidak dapat membatang diajar dengan menggunakan teknik 'mengulang' suku kata sampai boleh membatang. Sampai jam 10.30 pagi kelas berhenti rehat.  


Sesi kedua selepas rehat, murid diberikan set permainan seakan 'sahiba'. Mereka menyusun huruf mengikut suku kata yang dibaca. Ya la, murid dah jemu sejam setengah mengadap buku. Cikgu Lah bagi peluang mereka bermain pula. Sambil tu cikgu Lah membimbing murid yang belum boleh membatang. Diulang-ulang. Berkali-kali. Tak dapat juga. Mulalah nak tumbuh tanduk. Contohnya: kaku diaajar membatang, ka ku dibacanya kuku. Dari tanduk lama-lama tumbuh taring. Ya Allah...sabarkan aku...


Setengah jam sebelum kelas tamat, anak murid dah gelisah. Cikgu pun dah nak muntah. Bagi mengelakkan kucing bertanduk, cikgu Lah minta murid yang dah boleh membaca ajarkan murid yang belum boleh membatang. Hati cikgu Lah berbisik sendiri. Hebatnya cikgu LINUS. Sabar dengan kerenah anak-anak ini. Dua-tiga jam sehari bersama mereka. Sungguh penyabar dan sangat penyayang. Cikgu Lah 'tabik spring' pada cikgu LINUS. Tahniah cikgu.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR